MAA : Jualan Kenderaan Naik Pada Bulan Mac 2017

Suku pertama (Q1) tahun 2017 telah berlalu. Menunjukkan jumlah jualan kenderaan Malaysia menurun sebanyak 31% berbanding bulan sebelumnya.

Malah rekod pada bulan Februari juga tidak cantik dan penurunan sebanyak 5% iaitu 38,881 kenderaan penumpang dan 3,564 kenderaan dangangan dijual.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan penumpang dan dagangan pada bulan Mac 2017 meningkat sebanyak 26.5% jumlahnya 11,262 berbanding Februari.

Jumlah keseluruhan (TIV) bagi Q1 kini 53,717 unit iaitu 10% lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada tahun lalu iaitu 48,788 unit.

Peningkatan Tiga Bulan Pertama 2017

Peningkatan sebanyak 7.3% bersamaan 140,839 unit berbanding 131,251 unit tahun 2016. Jumlah keseluruhan pada juga meningkat bagi bulan Mac 2017 sebanyak 49,356 unit pecahan seperti berikut 45,124 kenderaan penumpang dan 4,232 jumlah kenderaan dagangan.

MAA menyifatkan faktor kenaikan tempoh bekerja yang lebih panjang serta pengeluaran yang pantas pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017.

 

 

212 total views, 2 views today

admin

Seorang yang meminati industri automotif. Baru bermula dan perlukan support dan bimbingan. Masih 'hijau' dalam bidang penulisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge